Ada apa dengan KISAS?

 

Bismillah and assalamualaikum, korang!

Actually, it takes time to me untuk buat entry pasal KISAS. So yah, let’s go.

Hidup dalam Tarbiah. Bukan Biah.

Aku boleh katakan yang di sinilah tempat aku jatuh bangun, klise bukan? Tapi yah aku tak tipu, cuba rasa sendiri. Cipta sebuah pengalaman yang kalian sendiri tak akan rasa di tempat lain. Honestly, bagi aku KISAS ni umpama sebuah bumi tarbiah yang aku didik diri aku untuk jadi lebih baik dan dikelilingi dengan orang yang baik-baik.

Nama batch aku, Zaimmul Ummah, Peneraju Ummah. Generasi ke-67 KISAS.



Aku masuk form 4 tahun 2021 dan batch aku merupakan batch pertama yang daftar tanpa slip PT3 di tangan.

Long short story, aku bukan berlatar belakangkan sekolah asrama sebelum ini dan aku boleh katakan setahun juga aku nak biasakan diri dengan suasana dekat sini. Suasana untuk bangun 5 pagi untuk berebut tandas, penat yang exhausted dengan adanya pelbagai program dan homework, clueless dengan keadaan sekeliling dan macam-macam lagi. Lain orang, lain pengalaman dia.

Aku ingat lagi, waktu aku mula-mula masuk, aku rasa sekolah dan asrama ini bukanlah tempat aku tapi bila aku fikir balik yang berapa ringgit parents aku habiskan untuk tengok aku berjaya di sini, aku terus patahkan niat aku untuk patah balik. Untuk adik-adik form 4, kalau kalian cuba nak patah balik, aku nasihatkan untuk kalian cuba hidup sebulan di sini, sememangnya seronok. Belum cuba, belum tahu.

Masa aku form 4, memang program wajib untuk aku face adalah Mahabbah Trace. Mahabbah Trace ni seronok bila aku dah naik form 5, tapi bila kau form 4, kau rasa teramat takut dengan program ni sebab waktu form 4 adalah waktu kau hadap program ni dan waktu kau form 5 kau yang handle benda ni haha.

Bagi aku, bonus untuk kita semua untuk ingat nama penuh, dorm, kelas dan sekolah lama kawan-kawan yang kita baru kenal sebab kalau tanpa Mahabbah Trace ni korang sendiri tak akan ada masa nak ingat. Untuk adik-adik, aku nasihatkan korang enjoy saja program ni sebab bagi aku walaupun kau tak suka macam mana pun, korang tetap kena face.

Okay, move on next part.




Aku sebenarnya waktu aku form 4, aku macam degil jugalah. Banyak juga aku langgar peraturan asrama tapi aku pun tak tahu kenapa aku dinaikkan jadi Ketua Dorm waktu aku aku form 4 haha. Tapi tulah, kalaulah boleh putarkan masa, nak saja aku lalui memori tu sekali lagi. Untuk adik-adik yang baru nak masuk, nasihat aku, waktu form 4 seelekonya kalian ikutlah peraturan asrama dan sekolah supaya kau tak menyusahkan guru, warden dan Majlis Tertinggi Ketua Murid sendiri. Dan aku nasihatkan, jangan sama sekali cabar peraturan yang telah ditetapkan takut tarbiah dan biah solehah hilang dan kau tak sempat nak merasainya. Tapi, kalau boleh, sepanjang kau berada di sini, kau ikut saja peraturan sekolah sebab lepas SPM tak ada dah semua peraturan ni.

On Time Is Late

Untuk pengetahuan kalian, dekat KISAS ada 6 Unique Things yang kalian perlu tahu iaitu tarbiah, biah solehah, teachers, friends, usrah dan ukhuwah tapi aku nak tambah satu lagi iaitu cat! Sebab waktu zaman aku, banyak sangat kucing kat KISAS. Terlalu banyak.

Senior kata, carilah mutiara-mutiara di bumi waqafan ini. Aku dah jumpa mutiara di sini dan aku harap kalian pun jumpa mutiara di sini. Lain orang lain mutiara.

Wait, mutiara?

Yes. Mutiara ni umpama benda berharga yang ada kat KISAS dan tak ada dekat tempat lain. Kalau aku, antara mutiara yang aku dapat dekat sini adalah aku belajar untuk menghargai setiap usaha orang disekeliling aku. Aku masih ingat, esoknya aku exam SPM Bahasa Arab dan malam tu ustazah-ustazah (semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka)  datang dan ustazah-ustazah ada di sekolah sehinga jam 1145 malam. Dan alhamdulillah, segala yang ustazah-ustazah ajar malam tu semuanya keluar exam. Unik tak? Kalian kena rasa sendiri baru kalian faham apa yang aku katakan.

KISAS bukan syurga. Penghuninya bukan Malaikat.

Kalau kalian nak tahu, benda paling besar yang aku belajar dekat KISAS adalah tentang keberkatan. 15 tahun aku hidup aku tak pernah capai dek akal setiap perkara yang aku lakukan adalah saling hubung kait dengan keberkatan.

Bagi aku, berkat tu adalah kunci segala kejayaan. Kat sini aku tekankan, jangalah kalian sakitkan hati orang sekeliling kalian hatta acik cleaner dan acik dewan makan. Kalau kalian sakitkan hati depa, mungkin itu juga salah satu asbab kalian sukar untuk capai kejayaan.

 Ustazah Yusalmah (semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau) pernah kata, "apa perkara yang korang akan rindu dekat asrama bila korang dah keluar asrama adalah suasana Islam di asrama itu sendiri." Honestlty, KISAS adalah sebuah sekolah yang ajar aku tentang cara hidup Islam yang sebenar-benarnya. Aku berlatar belakangkan sekolah menengah harian. Masa aku jalani kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah harian, perkara-perkara yang tak patut buat, ada orang buat sebab perkara itulah yang menjadi adat dan budaya masyarakat Malaysia itu sendiri. KISAS ni betul lah orang kata bumi tarbiah. 

Aku ingat lagi, waktu kali pertama aku masuk KISAS aku tak pernah tahu pun apa itu doa rabitah, selawat tafrijiyah dan sebagainya. KISAS ajar aku berbagai-bagai selawat, ada masa senggang sikit saja mesti selawat, tunggu penceramah sampai kami akan selawat sampaikan selawat ni mengiringi pengetua naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah. Setiap hari kami selawat secara kami sendiri tidak sedar. Seronok betul bila ingat balik. 



Move forward, itu antara apa yang aku rasai ketika aku form 4. Aku dan batch aku sememangnya tak dapat nak merasai KISAS yang sebenar-benarnya ekoran daripada Covid-19 tapi lebih baik dapat rasai sedikit daripada terus hilang, bukan?

Waktu form 5 aku lebih suka untuk ajak kalian baca entry aku yang lagi satu, Omar’s Co-Captain dan Hectic Life as Co-Captain sebab aku rasa aku banyak habiskan masa aku dengan jawatan aku.




Zaman aku, bukan zaman streaming. Jadinya, dua tahun jugalah aku sekelas dengan 26 orang yang sama termasuk aku. Bagi aku, aku seronok sekelas dengan Al Farabi, 508. Bagi aku, mereka ni fun dan riuh. Dua puluh enam orang yang mempunyai ragam mereka sendiri.

Ada yang riuh kalah pasar malam.

Ada yang king/queen drama.

Ada yang Albert Einstein junior.

Ada yang sentiasa mengingatkan kepada jalan kebenaran.

Dan macam-macam lagi!




Aku paling suka moment dengan 508 waktu hari kedua terakhir dekat KISAS. Kami cadang nak tangkap gambar sama-sama satu kelas dan tak sangka pengakhiran tangkap gambar kelas adalah diakhiri dengan sesi nasihat dan aku sangat suka sebab tak ramai yang nasihatkan aku sedangkan aku amat dahagakan nasihat.

Antara kata-kata SMK Farabians yang aku ingat adalah,

“pandai pilih kawan”

“jaga diri”

“terima kasih bagi aku experience berkawan dengan kawan yang macam korang”

“korang memang pelik!”





Dekat KISAS ni, korang sendiri akan jumpa dengan ramai orang yang berlatar belakang pelbagai negeri dan kalian juga seharusnya kena ingat yang tak semua orang sama macam kalian. Maksudnya, cara didikan yang sama macam kalian. Dekat sini, aku harap kalian latih diri kalian untuk menjadi seorang yang sabar dan tidak cepat melatah. Tidak cepat untuk menghukum buruk dan baik seseorang. Terima dan selidik berita yang kalian dapat sebelum kalian sebarkan pada orang lain.

Teme Abdullah pernah tulis,

“Siapalah kita untuk menghakimi kotor jernihnya seseorang. Kita semua ada dosa yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan umum. Bersederhanalah dan kenanglah dosa kita sendiri.”

Bagi aku, kebaikan seseorang itu tidak terletak kepada apa yang dia cakap. Kebaikan itu bagi aku perkara yang tidak dapat diukur. Ada orang, baiknya terletak pada pemikirannya. Ada orang baiknya terletak pada kata-katanya. Ada orang baiknya terletak pada khidmat baktinya. Ada orang baiknya dalam bersedekah dan macam-macam lagi. Tak semestinya seseorang itu sentiasa senyum dia baik dalam segala aspek tapi senyum juga merupakan kebaikan.

 


Dekat KISAS ni, aku suka moment yang hanya ada aku dan batch atau lebih tepat moment dah nak dekat SPM sebab ketika itu, kebergantungan dan kerjasama antara satu sama lain perlu diperkukuhkan untuk menaikkan gred purata sekolah. Kat sini, ketika ini, aku sendiri rasa manisnya ukhuwah yang sering orang katakan dan aku seronok berkenalan dengan batch Zaimmul Ummah sendiri.

Kalau kalian rasa diri kalian tak pandai sesuatu subjek, jangan pernah sama sekali kalian berat mulut untuk bertanya. Bagi aku, kawan-kawan di sini adalah kawan yang menolong antara satu sama lain. Sesungguhnya aku paling tak suka bab pembezaan dalam Matematik Tambahan dan aku sendiri push diri aku tanya kawan-kawan aku sampailah aku rasa fun bab pembezaan itu sendiri.

Aku baru setahun jagung untuk menulis hasil KISAS tapi aku boleh katakan kalau kalian dapat tawaran ke sini, cuba untuk merasai budaya di sini. Aku pernah kata dekat diri aku waktu aku form 4, aku akan jadi pandai apabila aku hidup dikelilingi orang-orang yang pandai.

Aku nasihatkan, cuba untuk jadi diri sendiri dan tidak mudah berputus asa malah buktikan yang kalian adalah bukan diri kalian sama seperti kalian di sekolah lama. Bina aura kalian sendiri. Aku sendiri bina kayakinan aku di sini sebab pada aku, kawan-kawan baru aku tak kenal siapa aku yang dulu.

Last but not least, apa yang aku lalui mungkin sama atau tidak dengan apa yang kalian akan lalui. Enjoy jadi murid bumi waqafan ini dan jangan pernah sama sekali tersilap langkah. Cuba sehabis baik kerana sebelum SPM semuanya tidak terlambat. Dan jangan pernah sama sekali untuk berputus asa menaikkan martabat KISAS.

Doakan batch aku, Zaimmul Ummah menjadi batch yang dapat menaikkan semula martabat KISAS.

Alhamdulillah for everything.

End.


KISAS X SAS - Bahasa Inggeris dan Kimia


KISAS X SESMA - Kimia


Comments

The Best Of Mine