Maths Clinic Plus

Assalamualaikum and hi everyone!
May I use ganti diri pertama ,"aku".

Kita sebagai rakyat Malaysia telah menjalani perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac 2020 disebabkan oleh hendak mengurangkan penyebaran wabak covid-19 or corona.

Aku sebagai seorang pelajar yang ada peperiksaan besar tak tahu nak study macam mana. Mula-mula aku okay study sendiri. Tapi lama-lama tu perasaan malas mula datang. Jadinya, aku cuba cari inisiatif untuk membuatkan diri aku tidak ketinggalan. Aku kalau belajar memang kena ada orang ajarkan. Sebab lagi clear. Belajar sendiri tu boleh tapi nak betul-betul faham tu agak susah.

Jadinya, masa awal PKP ni dalam satu minggu selepas pelaksanaan PKP , aku ada joined satu group study dalam Telegram. Dia ada share satu link belajar menggunakan zoom yang dikendalikan oleh satu pusat tusyen iaitu , Maths Clinic. Mula-mula aku tengok tu, aku still rasa tak berminat nak joined tapi bila ramai orang shared link untuk joined kelas maths clinic yang pada waktu itu adalah percuma, jadi aku ambillah bahagian dalam zoom tersebut. 

First time aku masuk, subjek math. Dan nak tau tak apa yang jadi? First class yang aku joined tu subjek Math kan, nak tau tak siapa guru dia? SIR UZAIRI WEHHHHH!! 

Aku selalu tengok video dia dekat instagram dan aku follow dia. Aku tak pernah terfikir pun yang waktu tu dia ajar. Tiba-tiba semangat nak belajar datang. Time tu jugak, ada Sir Amir and Sir Fathi
Masa tu kami belajar tajuk matematik pengguna. So, itulah kali pertama aku kenal dan tertarik dengan Maths Clinic Plus. Hampir setiap subjek aku masuk. Aku mula kenal dengan satu persatu guru di situ. Sir Uzairi, Sir Amir, Sir Fathi, Sir Ghaz, Miss Sara, Miss Zack, Miss Jannah, Teacher Aina,  Sir Jazel, Sir Iqbal or Daud, Sir Zacky, Sir Hamidi, Sir Syahmi and Sir Halim.

Hari berganti hari.
Hari berganti minggu.
Jadi, genaplah dua minggu PKP fasa pertama dan kemudiannya disambung dua minggu lagi PKP.

Tak silap aku selepas dua minggu PKP, Math Clinic memperkenalkan tusyen online dan Maths Clinic menjadi Maths Clinic Plus. Tusyen online tu bukan percuma seperti sebelum ini, dia kena bayar untuk sebulan terus. Pada awalnya, aku tak berminat untuk menjadi salah satu plusians sebab aku masih boleh belajar sendiri dan aku tak nak guna duit parents sebab aku takut aku hanya beria pada mulanya sahaja.

Tapi perasaan malas datang kembali menghantui diri campur lagi dengan tak faham dengan sesuatu perkara. Jadinya, aku tekad nak slow talk with my parents yang aku nak joined MC Plus. Alhamdulillah, my parents faham dan menggalakkan untuk joined MC Plus.

Products – Maths Clinic


Jadinya pada akhir bulan empat tak silap, aku secara rasmi menjadi salah seorang Plusians MC Plus. Banyak perkara menarik yang aku dapat. Banyak kawan aku kenali dari pelbagai pelosok negeri. Best. Dalam online class kalau cikgu-cikgu tak buat lawak memang tak sah. Banyak nasihat jugak aku terima. 

For me, aku paling suka subjek Sejarah. Honestly, aku tak berapa minat sejarah. But apabila aku belajar sejarah dengan Sir Syahmi aka Sir Korea and Sir Halim aka Sir Koala aku mula minat dengan sejarah. Cikgu-cikgu ni dia ajar plus cerita tau. Then tunjuk gambar. Best gila. Terus faham. 

Aku tertarik dengan beberapa ayat ni, yang diungkapkan oleh Sir Iqbal , cikgu sains,:
  • You have your own speciality. Allah Maha Adil. Apa yang kau ada maybe orang lain takde. Apa yang orang lain ada, kau takda. Bersyukurlah.
  • Beza someone dengan yang lain adalah giveup. 
  •  To be good at something,must bad at something too.
  • Failure is the good option. But yahh not learn at the failure isn't the option.
  • Learn science not for syllabus but about  curious. 
Ada jugak kata-kata daripada other teacher,  

Sir Amir : Semuanya bermula dengan sedikit usaha untuk dapat kan apa yang kita suka.

Dalam MC Plus ni,  aku jumpa ramai kawan. Aku tak kenal diorang tapi chemistry tu ada. Kita orang ada buat podcast,  luah perasaan apa semua. Kita orang jugak ada baca Al Mulk sama-sama sebelum tidur. Kita orang ni tak kenal tapi macam dah kenal lama. Soo yah,  this is my friends. Tak semua ada hehe. 


Jadinya, dari akhir bulan empat hingga  6.08.2020 aku menjadi plusians. Tapi,  pada 07.08.2020, tamat lah aku menjadi salah sorang plusians. Aku tak cadang untuk renew. Sebab aku terikat dengan jadual sekolah. Pada hari cuti umum pula,  aku terikat dengan beberapa perkara. Jadi, aku ambil pendekatan untuk tidak renew. Banyak pengalaman yang aku dapat masa aku jadi Plusians selama dalam 3/4 bulan ni.

Terima kasih kepada semua guru yang ajar saya.
Terima kasih jugak kepada to all the plusians yang sama batch dengan aku. Korang guide aku untuk jadi lebih baik. Walaupun kita tak kenal but kita still boleh borak dan chat sama-sama.

Thank you for all the memories! 
InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak jumpa teachers dan plusians .
Ps,  Sir Uzairi bila nak tunjuk gambar girlfriend hahaha. 


Comments

The Best Of Mine